Pada 9 Disember 2022 yang lalu, Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (TSU) telah menganjurkan satu program motivasi “We are the Dreamers” yang bertempat di Kompleks Islam Tuanku Muhriz.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecerdasan mental dan pembangunan kendiri di kalangan pelajar di samping membentuk kecerdasan emosi, personaliti dan estim kendiri pelajar terhadap komitmen dalam pelajaran dan kehidupan.
Ceramah Motivasi telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Khairunneezam Mohd. Noor, Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan.