Kata Aluan Pengarah

/Kata Aluan Pengarah
Kata Aluan Pengarah 2019-04-17T23:24:54+00:00

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wa-Rahmatullahi wa-Barakatuh dan Salam Sejahtera,

Agenda USIM’16 adalah bagi menjadikan institusi ini menjadi rujukan di peringkat serantau dalam penyediaan kurikulum berintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli. Begitu juga USIM’2025, meletakkan organisasi ini menjadi rujukan dalam bidang tersebut di peringkat global. Pusat Tamhidi pantas bergerak ke arah itu, dengan menawarkan program “Preparatory Programme for International Students” bermula sesi akademik 2016/2017. Di samping itu, lima program Tamhidi sedia ada akan diperkasa dan dimantapkan dari masa ke semasa. Semoga Pusat Tamhidi terus cemerlang.

Sekian, terima kasih. Selamat maju jaya.

 

BERILMU • BERDISIPLIN • BERTAKWA

 

Salam hormat,

PUAN ALIFAH BT HJ HAMID
Pengarah
Pusat Tamhidi
Universiti Sains Islam Malaysia