Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.
Program Yang Ditawarkan
BULETIN TAMHIDI
Slot Penyampaian Sijil Kuiz Kimia Kebangsaan K3M, Pusat Tamhidi
Nilai, 6 April. Seramai 9 orang pelajar Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains (KSP) dan pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi (KSF), Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mencapai penarafan Merit (Aras Lanjutan) dalam [...]
KEJOHANAN SUKAN ASASI MALAYSIA 2021 (SAM 2021)
Nilai, 20-21 Mac dan 27-28 Mac. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya telah menganjurkan Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2021 (SAM 2021) bagi permainan Mobile Legends Bang Bang dan Player Unknown Battlegrounds (Mobile). Kejohanan ini adalah bertujuan [...]
MUSABAQAH DEBAT INTER-TAMHIDI 2021
Musabaqah Debat Inter-Tamhidi adalah anjuran kali ke-8 Kelab Debat USIM dengan Kerjasama Sekretariat Pelajar Tamhidi. Uniknya pada tahun 2021, Musabaqah Debat Inter-Tamhidi telah dianjurkan secara dalam talian menerusi aplikasi ZOOM pada 12 – 14 Mac [...]
Telegram Group Access for New Students: Tamhidi Session 2020/2021 Official
Telegram Group Access for New Students: Tamhidi Session 2020/2021 Official as follows: Tamhidi Sesi 2020/2021 OFFICIAL https://t.me/joinchat/ADscrFWVv5S-KgYPqCGhyw
SOP FOR TAMHIDI SURAU (PRAYER ROOM) WELCOME TO CAMPUS
SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS In response to the permission for Tamhidi Students to come back to campus for teaching and learning session 2020/2021 that involves lab activity only, students have to be reminded to [...]
TSU JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN BAHASA ARAB YALLA ARABIYYAH 2020
Nilai, 10 Mac. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (TSU) Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menjuarai keseluruhan dalam pertandingan bahasa Arab Yalla Arabiyyah 2020 yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor (USIM) pada 6 [...]