Nilai, 20-21 Mac dan 27-28 Mac. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya telah menganjurkan Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2021 (SAM 2021) bagi permainan Mobile Legends Bang Bang dan Player Unknown Battlegrounds (Mobile).

Kejohanan ini adalah bertujuan untuk perhatian pelajar untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti berkumpulan yang dikekang disebabkan oleh situasi pandemik. Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara peserta yang terdiri daripada berlainan universiti awam dan matrikulasi.

Seramai 27 orang pelajar daripada 5 pasukan telah terpilih bagi mewakili Pusat Tamhidi dalam kejohanan ini. 5 pasukan ini dibahagikan lagi kepada 2 pasukan bagi permainan Mobile Legends Bang Bang, dan 3 pasukan lagi bagi permainan Player Unknown Battlegrounds (Mobile).

Hasil daripada kejohanan ini, pasukan Mantap Gaming daripada permainan Mobile Legends Bang Bang telah berjaya mendapatkan tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada pasukan ini dan harap akan terus dapat mengharumkan nama universiti pada masa akan datang.