Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.

Program Yang Ditawarkan

BULETIN TAMHIDI

Slot Penyampaian Sijil Kuiz Kimia Kebangsaan K3M, Pusat Tamhidi

May 10th, 2021|Comments Off on Slot Penyampaian Sijil Kuiz Kimia Kebangsaan K3M, Pusat Tamhidi

Nilai, 6 April.   Seramai 9 orang pelajar Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains (KSP) dan pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi (KSF), Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya mencapai penarafan Merit (Aras Lanjutan) dalam [...]

  • kejohanan sukan asasi malaysia 2021

KEJOHANAN SUKAN ASASI MALAYSIA 2021 (SAM 2021)

April 16th, 2021|Comments Off on KEJOHANAN SUKAN ASASI MALAYSIA 2021 (SAM 2021)

Nilai, 20-21 Mac dan 27-28 Mac. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya telah menganjurkan Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2021 (SAM 2021) bagi permainan Mobile Legends Bang Bang dan Player Unknown Battlegrounds (Mobile). Kejohanan ini adalah bertujuan [...]

MUSABAQAH DEBAT INTER-TAMHIDI 2021

April 12th, 2021|Comments Off on MUSABAQAH DEBAT INTER-TAMHIDI 2021

Musabaqah Debat Inter-Tamhidi adalah anjuran kali ke-8 Kelab Debat USIM dengan Kerjasama Sekretariat Pelajar Tamhidi. Uniknya pada tahun 2021, Musabaqah Debat Inter-Tamhidi telah dianjurkan secara dalam talian menerusi aplikasi ZOOM pada 12 – 14 Mac [...]

SOP FOR TAMHIDI SURAU (PRAYER ROOM) WELCOME TO CAMPUS

February 1st, 2021|Comments Off on SOP FOR TAMHIDI SURAU (PRAYER ROOM) WELCOME TO CAMPUS

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS   In response to the permission for Tamhidi Students to come back to campus for teaching and learning session 2020/2021 that involves lab activity only, students have to be reminded to [...]

TSU JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN BAHASA ARAB YALLA ARABIYYAH 2020

March 11th, 2020|Comments Off on TSU JOHAN KESELURUHAN PERTANDINGAN BAHASA ARAB YALLA ARABIYYAH 2020

Nilai, 10 Mac.   Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (TSU) Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berjaya menjuarai keseluruhan dalam pertandingan bahasa Arab Yalla Arabiyyah 2020 yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor (USIM) pada 6 [...]

Load More Posts
[wpv-post-date type="modified"]