
Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.
Program Yang Ditawarkan
BULETIN TAMHIDI
Meneroka Menara Gading: Karnival Jom Masuk Fakulti Buka Jalan Kejayaan Pelajar Tamhidi USIM
Pusat Tamhidi USIM telah berjaya menganjurkan Karnival Jom Masuk Fakulti pada 15 Mei 2026 bertempat di Bangunan Akademik, Pusat Tamhidi. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini bertujuan untuk memberi ruang [...]
Bengkel Persediaan Peperiksaan Akhir “Chem-Is-Try A” Sem 2 Sesi 2025/2026
9 Mei 2026 - Telah berlangsung Bengkel Persediaan Peperiksaan Akhir “Chem-Is-Try A” di DKP4 melibatkan seramai 576 orang pelajar Tamhidi TPPS dan TSFT. Antara pengisian menarik dalam bengkel ini ialah teknik menjawab soalan oleh [...]
Dominasi Mutlak di Pentas Debat Arab: Pusat Tamhidi USIM Julang Kejuaraan!
Pusat Tamhidi USIM mencipta kejayaan cemerlang dalam Debat Arab Piala Naib Canselor 2026 apabila kedua-dua pasukan, Tamhidi A dan Tamhidi B, mara ke peringkat akhir. Pasukan Tamhidi A muncul sebagai johan, sekali gus membuktikan [...]
Gangsa Berharga! Syabas Buat Wira Bola Tampar dan Sepak Takraw Regu
TAHNIAH diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Sepak Takraw Regu atas kejayaan memenangi pingat Gangsa dalam temasya Sukan Asasi Malaysia kali ke-9 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 30 Januari hingga 1 Februari 2026. [...]
Misi Menakluk SAM 2026: 122 Wira Tamhidi Sedia Menggempur Gelanggang
Kontinjen Pusat Tamhidi dengan bangganya menghantar seramai 122 orang atlet bagi menggalas cabaran dalam temasya Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2026. Kejohanan berprestij ini bakal berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula pada 30 Januari [...]
Integrasi Aqli dan Naqli: Pusat Tamhidi USIM Lakar Kejayaan di PITRAM 2026
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian membanggakan Pusat Tamhidi USIM di PITRAM 2026. Tahniah kepada semua pensyarah, mentor dan para pelajar yang telah mengharumkan nama institusi melalui inovasi, kreativiti dan semangat kerja [...]





