Alhamdulillah, Tutelage Fun Walk 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 1 Ogos 2026, bertempat di Dataran Canselori dan sekitar kampus USIM.
Program ini melibatkan seramai 360 orang pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (TPM) bersama para mentor Tutelage yang turut sama memeriahkan aktiviti riadah pada pagi tersebut.
Lebih daripada sekadar aktiviti berjalan santai, program ini menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara mentor dan mentee, memupuk semangat kebersamaan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Pusat Tamhidi.
Terima kasih dan tahniah kepada semua mentor, pelajar serta pihak yang terlibat dalam menjayakan Tutelage Fun Walk 2026. Semoga semangat kebersamaan ini terus mewarnai perjalanan warga Tamhidi! 💙
Sihat bersama, erat selamanya!
#TutelageFunWalk2026 #PusatTamhidiUSIM #TamhidiUSIM
#HealthyCampus #StrongerTogether










