Pusat Tamhidi USIM telah berjaya menganjurkan Karnival Jom Masuk Fakulti pada 15 Mei 2026 bertempat di Bangunan Akademik, Pusat Tamhidi. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar mendapatkan khidmat rundingan akademik yang tepat mengenai program pengajian di peringkat sarjana muda. Sesi konsultasi telah dibahagikan kepada dua kluster utama, iaitu Kluster Sains di Aras 1 yang melibatkan FPg, FPSK, FST, dan FKAB, manakala Kluster Sains Sosial di Aras 2 melibatkan FKP, FEM, FSU, FPQS, dan FPBU. Melalui inisiatif ini, pelajar berpeluang berinteraksi secara terus dengan wakil fakulti bagi memastikan perancangan akademik mereka selaras dengan aspirasi masa depan dan syarat kemasukan yang ditetapkan.