Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurul Jannah Abd Rahman dan Wirdatul Huda Mohd Hanif atas kejayaan cemerlang bergelar pemenang dalam pertandingan anjuran Commonwealth Chemistry. Projek penyelidikan yang bertajuk Green Valorisation of Cocoa Pod Husk into Carbon Quantum Dots for Water-Safe Fluorescent Detection of Pb²⁺ telah dinobatkan sebagai poster terbaik bagi kategori Clean Water and Sanitation (SDG 6).
Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan buat pelajar dan penyelia atas usaha gigih serta dedikasi yang tinggi sehingga membanggakan nama universiti dan negara di persada antarabangsa
#tamhidiusim