
Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.
Program Yang Ditawarkan
BULETIN TAMHIDI
Syabas dan Tahniah: Penyelidikan USIM Rangkul Anugerah Poster Terbaik Commonwealth Chemistry
Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurul Jannah Abd Rahman dan Wirdatul Huda Mohd Hanif atas kejayaan cemerlang bergelar pemenang dalam pertandingan anjuran Commonwealth Chemistry. Projek penyelidikan yang bertajuk Green Valorisation of Cocoa Pod Husk into Carbon [...]
TUTELAGE FUN WALK 2026
Alhamdulillah, Tutelage Fun Walk 2026 telah berlangsung dengan meriah pada 1 Ogos 2026, bertempat di Dataran Canselori dan sekitar kampus USIM. Program ini melibatkan seramai 360 orang pelajar Tamhidi Perakaunan dan Muamalat (TPM) bersama [...]
Inspirasi Pengajian Tinggi: Pusat Tamhidi USIM Sambut Lawatan Sambil Belajar SAMTTAR
Pusat Tamhidi USIM berbesar hati menerima kunjungan 172 orang murid dan guru dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Banting, Selangor dalam program Lawatan Sambil Belajar yang telah berlangsung di Kompleks Islam Tuanku [...]
Syabas dan Tahniah: Pasukan Penyelidik USIM Raih Pingat Perak di MRCST ’26
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan penyelidik atas kejayaan meraih Pingat Perak di 3rd Multidisciplinary Regional Conference in Science and Technology 2026 (MRCST '26') yang bertajuk: Bis(indolyl)methane: Synthesis, Characterisation & Preliminary Study as a Potential Anti-Prostate Cancer Agent via Computational Methods. Ahli Penyelidik: Alya Aqilah Syazani (USIM) Suhaila Sapari (UiTM Kuala [...]
Syabas dan Tahniah: Dr. Nurul Jannah Abd Rahman Meraih Dua Geran Penyelidikan Berprestij (KWEF & KPT)
TAHNIAH Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurul Jannah Abd Rahman atas kejayaan menerima: - Kurita Water and Environment Foundation Overseas Research Grant Program 2026 bernilai ¥400,000 - Geran Eksploratori & Transformatif Kementerian Pendidikan Tinggi [...]
Meneroka Menara Gading: Karnival Jom Masuk Fakulti Buka Jalan Kejayaan Pelajar Tamhidi USIM
Pusat Tamhidi USIM telah berjaya menganjurkan Karnival Jom Masuk Fakulti pada 15 Mei 2026 bertempat di Bangunan Akademik, Pusat Tamhidi. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari ini bertujuan untuk memberi ruang [...]





