Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.

Program Yang Ditawarkan

BULETIN TAMHIDI

PERTANDINGAN DEBAT INTER-ASASI UNIVERSITI AWAM 2021

July 22nd, 2021|0 Comments

Buat julung kalinya Pertandingan Debat Inter Asasi Universiti Awam 2021 diadakan pada 26-29 Mac 2021 secara dalam talian berikutan pandemik Covid-19. Pada tahun ini Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama Majlis Dekan/Pengarah [...]

Program Iftar @ Tamhidi 2021

May 10th, 2021|0 Comments

Edaran bungkusan makanan iftar kepada pelajar Tamhidi berlangsung pada 30 April 2021 bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), bermula seawal jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang. Majlis disempurnakan oleh Pengarah Tamhidi, Yang Berbahagia Prof [...]

Load More Posts
[wpv-post-date type="modified"]