Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.

Program Yang Ditawarkan

BULETIN TAMHIDI

Go Green Talk @ Pusat Tamhidi

October 2nd, 2021|0 Comments

Pada 1 Oktober 2021, Pusat Tamhidi telah mengadakan ceramah Go Green Talk @ Pusat Tamhidi yang disampaikan oleh Dr Faszly Rahim (Pengurus Tugas 3 Greenpreneur, Pendidikan dan Komuniti C4SS USIM). Ceramah Go Green adalah kempen [...]

BENGKEL ASAS PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID TAHAP 1

August 6th, 2021|0 Comments

Pada 15 Julai 2021, satu bengkel asas pembangunan aplikasi android Tahap 1 telah diadakan pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang dikediaman masing-masing melalui platform MSTeams. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Web dan Media, Pusat [...]

PUSAT TAMHIDI USIM BAWA PULANG TIGA EMAS DI PIITRAM 2021

July 22nd, 2021|0 Comments

Pada 15 Mac 2021, Pusat Tamhidi mencipta kecemerlangan tersendiri dengan membawa pulang tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM 2021) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin [...]

Load More Posts
[wpv-post-date type="modified"]