Pada 15 Julai 2021, satu bengkel asas pembangunan aplikasi android Tahap 1 telah diadakan pada pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang dikediaman masing-masing melalui platform MSTeams. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Web dan Media, Pusat Tamhidi. Pembukaan majlis ini dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Shukri bin Yazid. Bengkel Aplikasi Android Tahap 1 yang dijalankan ini telah disertai seramai 88 orang pelajar dan 33 orang kakitangan staf akademik Pusat Tamhidi. Penceramah bengkel ini adalah Dr. Noorrezam Yusop, yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang aplikasi Android. Bengkel ini diakhiri dengan ucapan daripada Pengarah program dan Pengarah Pusat Tamhidi serta sesi fotografi. Tujuan program ini dijalankan adalah sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada para pelajar dan peserta bengkel ini mengenai teknologi aplikasi Android dan projek inovasi. Di harap program ini dapat memberi manfaat dan dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam bidang perisian android.

 

Penceramah-Dr Noorrezam Yusop

Sesi fotografi peserta bengkel Android Tahap 1 bersama Pengarah Pusat Tamhidi

Contoh aplikasi android Tahap 1 yang dibangunkan

Anatomi dalam aplikasi android