Pada 15 Mac 2021, Pusat Tamhidi mencipta kecemerlangan tersendiri dengan membawa pulang tiga pingat emas dalam Pertandingan Inovasi Inter-Asasi Matrikulasi (PIITRAM 2021) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Karnival ini menyaksikan sebanyak 368 peserta dari pelbagai Pusat Asasi Universiti Awam dan juga Matrikulasi yang diadakan “virtual” iaitu secara dalam talian. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan pada karnival PIITRAM 2021 iaitu kategori pelajar, ahli akademik dan juga pentadbir.

PIITRAM 2021 merupakan medium terbaik bagi para inovator untuk berkongsi pelbagai praktis yang terbaik yang diamalkan daripada pelbagai universiti melalui produk yang dibentangkan oleh pensyarah, pentadbir mahupun pelajar. “Inilah peluang terbaik bagi warga Pusat Tamhidi untuk mempamerkan bakat dan kreativiti dalam menyelesaikan isu atau masalah disamping meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi” kata Penyelaras Pertandingan Inovasi Pusat Tamhidi, En. Mohd Naser Mohd Sabri.

Hasil pencapaian yang diperoleh ialah penarafan emas bagi projek inovasi I-Tamhidi as an Interactive Platform to Learn Arabic Language (Kategori Pensyarah), My Class Adjustment System (Kategori Pentadbir), dan Herb Sprayer (Kategori Pelajar) Manakala penarafan perak bagi proje Yalla… Arabiyyah! (Kategori Pensyarah), A Portable and Affordable Fire Extinguisher (Kategori Pelajar). Projek yang mendapat penarafan gangsa ialah Anti Echo Folder (ANCHOR) (Kategori Pensyarah) dan Modification of Sponge with Wax to Introduce Oleophilic (Kategori Pensyarah).