Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.
Program Yang Ditawarkan
BULETIN TAMHIDI
700 Students participate in J-RUN 1.0
Nilai, 5 November 2022 - A total of 700 participants including Tamhidi Center students and staff participated in the J-RUN 1.0 program at Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). The program jointly organized by the Islamic [...]
BENGKEL HALA TUJU PUSAT TAMHIDI 2022
Nilai, 19 Januari. Pusat Tamhidi telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Pusat Tamhidi 2022 pada bertempat di Galeri Canselori USIM. Pelaksanaan bengkel ini bertujuan untuk memantapkan hala tuju organisasi dan pelan tindakan bagi Pusat Tamhidi yang [...]
SOP PENGGUNAAN SURAU TAMHIDI
SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS Berikutan kebenaran kepada pelajar Tamhidi untuk memasuki kampus bagi meneruskan sesi PdP 2020/2021 yang hanya melibatkan aktiviti di makmal sahaja, maka para pelajar diingatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan [...]
CERAMAH GO GREEN TALK @ PUSAT TAMHIDI
Pada 1 Oktober 2021, Pusat Tamhidi telah mengadakan ceramah Go Green Talk @ Pusat Tamhidi yang disampaikan oleh Dr Faszly Rahim (Pengurus Tugas 3 Greenpreneur, Pendidikan dan Komuniti C4SS USIM). Ceramah Go Green adalah kempen [...]