Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.

Program Yang Ditawarkan

BULETIN TAMHIDI

PROGRAM MOTIVASI: PERCAYA & BERJAYA

June 23rd, 2024|Comments Off on PROGRAM MOTIVASI: PERCAYA & BERJAYA

Pada 2 Februari 2024 (Jumaat) telah diadakan satu program motivasi yg disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Rozita Abdul Hamid, khusus buat pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi serta pelajar Tamhidi Perubatan. Program ini dianjurkan bagi [...]

Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) Dun Nilai

June 23rd, 2024|Comments Off on Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) Dun Nilai

Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring Pusat Tamhidi di atas kejayaan tempat ke-4 di dalam Kejohanan Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) Dun Nilai. Kejohanan telah berlangsung pada 4 Februari 2024 bertempat di SK Desa Cempaka.  

Sharing session: “Young Scientists Network” Akademi Sains Malaysia

June 23rd, 2024|Comments Off on Sharing session: “Young Scientists Network” Akademi Sains Malaysia

Pada 24 Januari 2024 yang lalu, Pusat Tamhidi USIM telah menjemput Profesor Madya Ts. Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, pengerusi Young Scientists Network (YSN), Akademi Sains Malaysia (ASM) bagi memberi perkongsian mengenai YSN kepada para pensyarah [...]

Sukan Rakyat Tamhidi

June 23rd, 2024|Comments Off on Sukan Rakyat Tamhidi

Sukan Rakyat Pusat Tamhidi telah berlangsung pada 18 Disember 2023 bertempat di Bangunan Pentadbiran Pusat Tamhidi. Program yang telah disertai oleh staf pentadbiran dan akademik berlangsung dengan meriah. Antara acara yang berlangsung adalah, acara berkumpulan [...]

Tahniah kepada pelajar lepasan SPM/setaraf!

July 10th, 2023|Comments Off on Tahniah kepada pelajar lepasan SPM/setaraf!

Tahniah Kepada Pelajar Lepasan SPM/Setaraf yang mendapat tawaran kemasukan ke program Tamhidi (Asasi) Universiti Sains Islam Malaysia Sesi Akademik 2023/2024. Jangan lupa untuk membuat pengesahan SETUJU TERIMA melalui capaian https://etasjil.usim.edu.my mulai 8 hingga 16 Julai [...]

Majlis Apresiasi Pelajar Pusat Tamhidi sesi 2022/2023

July 10th, 2023|Comments Off on Majlis Apresiasi Pelajar Pusat Tamhidi sesi 2022/2023

Majlis Apresiasi Pelajar Pusat Tamhidi sesi 2022/2023 telah diadakan pada 7 Julai 2023 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Majlis Apresiasi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya ChM. Dr. [...]

Load More Posts
[wpv-post-date type="modified"]