Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.
Program Yang Ditawarkan
BULETIN TAMHIDI
YALLA… ARABIYYAH! X
Nilai, 25 April - Penganjuran program Bahasa Arab yang dikenali dengan nama Yalla… Arabiyyah! 2025 @ Yalla... Arabiyyah! X edisi istimewa ke-10 kali menyaksikan pelajar program Tamhidi Syariah dan Undang-undang (TSU) mempertahankan gelaran juara [...]
PUSAT TAMHIDI CEMERLANG DI PERTANDINGAN INOVASI ANTARA ASASI MALAYSIA (PITRAM) 2025
Kuala Nerus, 24 Februari - Pertandingan Inovasi Antara Asasi Malaysia (PITRAM) 2025 telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 23 Februari 2025 di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu. PITRAM merupakan acara tahunan di [...]
BENGKEL INOVASI PRA-PITRAM 2025
Nilai, 14 Februari 2024 - Telah berlangsungnya Bengkel Inovasi Pra-PITRAM 2025 sebagai persiapan dan persediaan kepada para peserta yang akan menyertai pertandingan inovasi PITRAM 2025 di UniSZA. Bengkel ini melibatkan jemputan panel penilai dari [...]
SAM2025 : TAMHIDI RAIH 1 EMAS DAN 1 PERAK
Kuala Nerus : 7-9 Februari 2025, Kejohanan edisi ke-8 Sukan Asasi Malaysian 2025 (SAM2025) menyaksikan hampir 1500 orang atlet yang terdiri daripada pelajar-pelajar Asasi daripada 14 buah asasi yang terdiri daripada Universiti Awam, Kolej Matrikulasi [...]
LAWATAN PELAJAR TPPS KE FPSK
Lawatan sambil belajar Tamhidi Perubatan Pergigian & Sains (TPPS) ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM pada 16 Februari 2024. Para pelajar berpeluang melawat Muzium anatomi, Muzium patologi, makmal-makmal dan perpustakaan FPSK. Terima kasih [...]
BENGKEL MOCK PRESENTATION PIITRAM 2024
Debaran PIITRAM 2024 kian terasa. Pusat Tamhidi mengambil inisiatif untuk menganjurkan bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai keperluan PIITRAM 2024 di samping menyuntik keyakinan para peserta dalam sesi pembentangan kelak.Terima kasih diucapkan [...]