Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.

Program Yang Ditawarkan

BULETIN TAMHIDI

Program Iftar @ Tamhidi 2021

Mei 10th, 2021|0 Comments

Edaran bungkusan makanan iftar kepada pelajar Tamhidi berlangsung pada 30 April 2021 bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court (KKNC), bermula seawal jam 5.30 petang sehingga 6.30 petang. Majlis disempurnakan oleh Pengarah Tamhidi, Yang Berbahagia Prof [...]

  • kejohanan sukan asasi malaysia 2021

KEJOHANAN SUKAN ASASI MALAYSIA 2021 (SAM 2021)

April 16th, 2021|0 Comments

Nilai, 20-21 Mac dan 27-28 Mac. Pusat Asasi Sains Universiti Malaya telah menganjurkan Kejohanan Sukan Asasi Malaysia 2021 (SAM 2021) bagi permainan Mobile Legends Bang Bang dan Player Unknown Battlegrounds (Mobile). Kejohanan ini adalah bertujuan [...]

MUSABAQAH DEBAT INTER-TAMHIDI 2021

April 12th, 2021|0 Comments

Musabaqah Debat Inter-Tamhidi adalah anjuran kali ke-8 Kelab Debat USIM dengan Kerjasama Sekretariat Pelajar Tamhidi. Uniknya pada tahun 2021, Musabaqah Debat Inter-Tamhidi telah dianjurkan secara dalam talian menerusi aplikasi ZOOM pada 12 – 14 Mac [...]

Load More Posts