Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.
Program Yang Ditawarkan
BULETIN TAMHIDI
Sekretariat Pimpinan Tamhidi (SPT) Sesi 2018/2019
Pada tanggal 9 Januari 2018 lalu, Pilihanraya Sekretariat Pimpinan Tamhidi (SPT) Sesi 2018/2019 telah dilaksanakan. Seramai 18 orang Sekretariat telah dilantik terdiri daripada 9 orang wakil daripada pelajar lelaki dan 9 orang juga wakil daripada pelajar [...]
KARNIVAL PUSAT TAMHIDI
Pada tanggal 28 Julai 2018 yang lalu, Pusat Tamhidi telah menganjurkan Karnival Pusat Tamhidi. Terdapat pelbagai program telah di atur sepanjang carnival tersebut antaranya TES2018 (Tamhidi Educational Seminars), ACCENT 5.0 (Arabic Camp) dan sebagainya. Karnival [...]