TAMHIDI PERAKAUNAN DAN MUAMALAT
Kod Program: UQ0340001
Medium Bahasa Pengajaran: Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian (sepenuh masa): 1 Tahun (2 semester)
Program Tamhidi of Perakaunan dan Muamalat telah ditubuhkan sejak sesi akademik 2006/2007. Program ini akan membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda seperti Perakaunan, Pentadbiran Muamalat, Pentadbiran dan Perhubungan Korporat, Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan), dan Perbankan dan Kewangan Islam di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Pelajar akan dilatih agar berdaya saing dan berkemahiran tinggi dalam perakaunan dan mendapat pengiktirafan dalam bidang kewangan Islam. Pelajar akan menjadi cekap, seimbang, kritis dan berfikiran terbuka selaras dengan keperluan bidang profesional sebelum memasuki peringkat ijazah sarjana muda.
Memperoleh sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran berikut: • Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-Balaghah |
Memperoleh sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam MANA-MANA DUA (2) mata pelajaran berikut: • Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul al-Din / Al-Syariah / Hifz Al Quran/ Maharat al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al- Sunnah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah |
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut: • Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Keusahawanan |
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B+ dalam mata pelajaran berikut: • Mathematics / Additional Mathematics |
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran berikut: • Bahasa Inggeris |