Nilai, 25 April – Penganjuran program Bahasa Arab yang dikenali dengan nama Yalla… Arabiyyah! 2025 @ Yalla… Arabiyyah! X edisi istimewa ke-10 kali menyaksikan pelajar program Tamhidi Syariah dan Undang-undang (TSU) mempertahankan gelaran juara keseluruhan untuk kali ke-6 sejak tahun 2020.
Program kali ini telah diadakan dengan jayanya pada 25 April 2025 yang mana ianya menampilkan penyertaan para pelajar dari setiap program di Pusat Tamhidi. Antara acara yang dipertandingkan ialah, video pendek, poster, kuiz tatabahasa, nasyid arabiy, dan yang paling mengujakan ramai iaitu pertandingan kalam jamaie (bicara berirama).
Acara perasmian dan pertandingan kali ini memilih Dewan Kuliah Pusat 3 (DKP3) USIM sebagai kemuncak acara penyampaian hadiah sekaligus majlis penutup. Acara ini dirasmikan oleh dekan Pusat Tamhidi, Prof. Madya Dr. Juliana Jumal, antara penyokong utama dalam pelaksanaan progam bahasa tahunan ini. Antara pesanan beliau ialah semoga pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya segala ruang dan peluang yang ada di Pusat Tamhidi seperti program pembudayaan bahasa seperti ini. Tahniah juga diucapkan kepada Saudara Daing Muhammad Hasbi bin Daing Armey yang meraih Anugerah Peserta Terbaik.
Beginilah antara acara tahunan bagi menggalakkan dan menghidupkan suasana dan kegembiraan para pelajar Pusat Tamhidi dalam mempelajari ilmu Bahasa Arab di samping pelbagai aktivti lain yang bermanfaat sebagai penuntut ilmu. Buat semua pelajar yang menyertai Yalla… Arabiyyah! 2025, anda tetap juara di hati kami. TAHNIAH!!!