Program Tamhidi USIM adalah merupakan program lulusan lepasan SPM yang bertujuan menyediakan calon untuk peringkat Ijazah Pertama. Tamhidi adalah satu perkataan Arab yang bermaksud ‘Persediaan ‘ sebagaimana istilah ‘Matrikulasi’ di Kementerian Pelajaran Malaysia dan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ‘Asasi’ di Universiti Malaya, ‘Tahun Asas’ di Universiti Teknologi Malaysia atau serupa dengan program pra-universiti (STPM, HSC atau A’ Level). Oleh itu Program Tamhidi adalah setara dengan program-program ‘foundation’ atau asasi yang dijalankan oleh universiti-universiti yang telah tersenarai. Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan. Pelajar lepasan SPM dari pelbagai jenis sekolah agama yang memperolehi pencapaian yang baik boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program pengajian yang kompetitif seperti perubatan, farmasi, bioteknologi makanan kerana tempat yang ditawarkan oleh universiti tempatan dalam bidang sains adalah terhad.
Program Yang Ditawarkan
BULETIN TAMHIDI
MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 1441H/2020M
12 Oktober 2019, seramai 6 orang pelajar Tamhidi telah menyertai Ujian Saringan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sembilan dan 2 daripadanya telah terpilih ke Peringkat Negeri yang akan berlansung pada esok 6/2/2020 (Khamis) di Pusat Dakwah [...]
Bengkel Asas Promosi dan Media Sosial
Unit Jawatankuasa Sekolah Kluster Angkat dan Promosi Pusat Tamhidi telah menganjurkan Bengkel Asas Promosi dan Media Sosial pada 24 April 2019 bertempat di Bilik Seminar, Pusat Tamhidi. Objektif program adalah bertujuan untuk memantapkan asas dan kaedah promosi [...]
Bengkel Penulisan Jurnal Penyelidikan Konvensional dan Kajian Tindakan
Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Pusat Tamhdi USIM telah berjaya menjalankan bengkel sulung mereka pada 22 April 2019, yang di beri nama Bengkel Penulisan Jurnal Penyelidikan Konvensional dan Kajian Tindakan. Terima kasih tidak terhingga kepada para penceramah [...]
Inter Varsity Nasyid Competition 2019 di UiTM Dengkil
TAHNIAH diucapkan kepada pasukan nasyid Tamhidi yang berjaya merangkul JOHAN dan Anugerah Vokal Terbaik (saudara Haqiem) dalam Inter Varsity Nasyid Competition 2019 di UiTM Dengkil yang berlangsung pada 2 Mac 2019.
Kelas Tahfiz bagi pelajar NAFFDI
Jumaat, 12 April 2019, Kelas Tahfiz bagi pelajar NAFFDI yang telah bermula pada bulan Mac yang lepas telah selesai pada hari Jumaat, 12 April 2019. Program tahfiz ini merupakan program berbentuk sukarela antara pelajar-pelajar dan [...]
MINGGU TAARUF PUSAT TAMHIDI 2018/2019
27 Jun 2018- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kemasukan pelajar baharu program asasinya iaitu Tamhidi seramai 938 orang pelajar untuk sesi akademik 2018/2019. Ia terdiri daripada 301 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan yang [...]