Kuala Nerus : 7-9 Februari 2025, Kejohanan edisi ke-8 Sukan Asasi Malaysian 2025 (SAM2025) menyaksikan hampir 1500 orang atlet yang terdiri daripada pelajar-pelajar Asasi daripada 14 buah asasi yang terdiri daripada Universiti Awam, Kolej Matrikulasi dan Politeknik. Sebanyak 12 acara yang dipertandingkan dan kesemua wakil Pusat Asasi berjuang sehingga ke titisan keringat yang terakhir demi meraih pingat dalam kejohanan sukan kali ini.

Pusat Asasi STEM (PASTEM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di bawah Majlis Dekan/Pengarah Asasi Universiti Awam (MDPA) telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Sukan Asasi Malaysia 2025 (SAM2025) bertempat di UMT, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dan sekitar UMT.

Kontinjen Pusat Tamhidi USIM telah menghantar seramai 71 atlet untuk menyertai 8 acara daripada 12 yang dipertandingkan dan berjaya meraih 1 Pingat Emas untuk Kategori Bola Tampar Wanita dan 1 Pingat Perak untuk Pertandingan Bola Jaring. Kontinjen Pusat Tamhidi USIM juga telah menduduki tangga ke-7 daripada 15 kontinjen yang hadir dalam kejohanan kali ini. Terima kasih diucapkan kepada semua atlet, para penyokong dan pegawai pengiring.

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN!