Pada 2 Februari 2024 (Jumaat) telah diadakan satu program motivasi yg disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustazah Rozita Abdul Hamid, khusus buat pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi serta pelajar Tamhidi Perubatan.
Program ini dianjurkan bagi meningkatkan daya emosi positif dalam kalangan pelajar serta memupuk motivasi dalam diri pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi semester baharu.
Semoga semua pelajar yang hadir mendapat impak yang positif serta terus bersemangat dalam pengajian Semester II di Pusat Tamhidi.