Kontinjen Pusat Tamhidi dengan bangganya menghantar seramai 122 orang atlet bagi menggalas cabaran dalam temasya Sukan Asasi Malaysia (SAM) 2026. Kejohanan berprestij ini bakal berlangsung di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bermula pada 30 Januari hingga 1 Februari 2026.
Bagi edisi kali ini, Pusat Tamhidi menzahirkan komitmen jitu dengan menghantar penyertaan penuh dalam semua acara yang dipertandingkan, merangkumi sukan badminton, bola jaring, bola tampar, bola sepak (9 sebelah), ragbi (7 sebelah), catur, olahraga, tenpin boling, dan sepak takraw. Manakala bagi acara e-Sukan ialah Mobile Legends dan PUBG Mobile.
Semoga segala persiapan rapi dan latihan intensif yang telah dilalui menjadi pemacu ke arah kilauan pingat dan kejayaan bermakna. Seluruh warga Tamhidi mendoakan perjuangan para atlet di gelanggang.
SAM 2026: WE ARE READY!!
#tamhidiusim
#sukanasasimalaysia2026