MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTOR JAMA’I

Majlis Khatam Al-Quran Dan Iftor Jama’i Pusat Tamhidi 2018 telah diadakan pada 8 Jun 2018 (Jumaat) bagi mengukuhkan ukhwah keluarga besar Pusat Tamhid disamping memberkati bulan Ramadhan. Majlis ini diadakan di penghujung bulan Ramadhan setelah selesai Program Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadhan anjuran Jawatankuasa Barakah Pusat Tamhidi telah dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan pada jam 10.00 am setiap hari. Program ini melibatkan semua guru-guru di Pusat Tamhidi yang berkelapangan. Pembacaan diagihkan kepada kumpulan guru lelaki membaca juzuk genap dan kumpulan guru perempuan membaca juzuk ganjil. Setiap kumpulan akan menghabiskan satu juzuk bagi setiap hari. Alhamdulillah program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakan dan berjalan lancar dengan izin Allah SWt. Insya-Allah program seumpama ini akan dilaksanakan lagi apabila tiba bulan Ramadhan bagi setiap tahun.