Majlis Apresiasi Pelajar Pusat Tamhidi sesi 2022/2023 telah diadakan pada 7 Julai 2023 bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM.
Majlis Apresiasi ini telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya ChM. Dr. Juliana binti Jumal, Dekan Pusat Tamhidi. Majlis ini bertujuan meraikan 131 orang para pelajar yang telah berjaya memperolehi anugerah dekan (semester 1). Selain dari meraikan kecemerlangan akademik, 23 orang para pelajar yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, debat, hafazan, khat dan kepimpinan telah dianugerahkan anugerah kokurikulum.
Dekan turut mengingatkan bahawa pembelajaran di Pusat Tamhidi adalah permulaan untuk melangkah lebih jauh ke alam seterusnya iaitu pengajian di ijazah sarjana muda. Harapan kepada pelajar agar segala ilmu dan pengalaman yang telah ditimba di Pusat Tamhidi menjadi pemangkin untuk pelajar terus mengukir kecemerlangan di fakulti kelak. Semoga anugerah yang diterima dapat membakar semangat semua untuk lebih gemilang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum.
Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar sesi akademik 2022/2023. Semoga terus berjaya di mana pun anda berada.
“Ikan duri harus dilepaskan
Awas tergores kena perapian
Doa yang tulus kami panjatkan
Semoga anak2 semua sukses gapai impian.”