BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI & TEAMBUILDING, PUSAT TAMHIDI, USIM

Pada tanggal 2-4 januari 2018 telah diadakan Bengkel Pemantapan Organisasi & Teambuilding Pusat Tamhidi di Mahkota Hotel, Melaka. Bengkel ini diadakan bagi memantapkan organisasi dan mengemaskini hala tuju Pusat Tamhidi. Bengkel ini melibatkan semua warga Pusat Tamhidi. Pelbagai aktiviti telah dilakukan dan semua telah diasingkan kepada bebrapa kumpulan dan diberi tugasan supaya dapat menyuarakan pendapat bagi memantapkan organisasi tamhidi serta program yang perlu dilakukan bagi mengukuhkannya.
Alhamdulillah Bengkel ini telah berjalan dengan lancar dan pelbagai program dan gerak kerja telah diatur dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini.
