Unit Jawatankuasa Sekolah Kluster Angkat dan Promosi Pusat Tamhidi telah menganjurkan Bengkel Asas Promosi dan Media Sosial pada 24 April 2019 bertempat di Bilik Seminar, Pusat Tamhidi. Objektif program adalah bertujuan untuk memantapkan asas dan kaedah promosi yang lebih berkesan dalam mempromosikan Pusat Tamhidi ke seluruh Malaysia dan juga antarabangsa. bengkel ini juga merangkumi penyediaan bahan-bahan promosi yang terkini dan penyampaian maklumat yang lebih efektif.
Bengkel ini telah melibatkan kerjasama di antara Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm) dan Pusat Tamhidi. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Zaini Othman dan En Amirul Afif Misran atas perkongsian ilmu berkenaan.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Pengarah Pusat Tamhidi Puan Alifah Hj. Hamid dan peserta-peserta yang hadir bagi menyemarakkan lagi bengkel ini. Semoga ilmu dan input yang dikongsikan, dapat dimanfaatkan sebaiknya.