Pusat Tamhidi USIM berbesar hati menerima kunjungan 172 orang murid dan guru dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Rahimah (SAMTTAR), Banting, Selangor dalam program Lawatan Sambil Belajar yang telah berlangsung di Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM), USIM pada 5 Ogos 2026 (Rabu).
Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Puan Azniwati binti Abdul Aziz dan Dr. Muhammad Sobri bin Faisal. Turut hadir ialah Puan Rosmarini binti Mat Zain, Penyelaras Tamhidi Syariah dan Undang-Undang (TSU), serta Puan Mazinah binti Kasran, Penolong Kanan Pentadbiran SAMTTAR.
Semoga lawatan ini memberi manfaat, membuka minda para pelajar tentang kehidupan di universiti, serta menjadi inspirasi untuk memilih USIM sebagai destinasi pengajian tinggi pada masa hadapan.





