9 Mei 2026 – Telah berlangsung Bengkel Persediaan Peperiksaan Akhir “Chem-Is-Try A” di DKP4 melibatkan seramai 576 orang pelajar Tamhidi TPPS dan TSFT.

Antara pengisian menarik dalam bengkel ini ialah teknik menjawab soalan oleh tenaga pengajar Kimia Tamhidi, perkongsian inspirasi bersama alumni Tamhidi sesi 2011/2012, Ts Nur Hidayah Hassan, Penolong Pengarah Suruhanjaya Tenaga Malaysia, serta persembahan sains interaktif daripada FASTLab FST USIM.

Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pelajar yang memperoleh markah tertinggi peperiksaan pertengahan semester bagi setiap kumpulan kuliah, serta hadiah hamper kepada kumpulan pembentangan jawapan terbaik bagi soalan peperiksaan akhir tahun lalu.

Program diakhiri dengan bacaan Asmaul Husna yang dipimpin oleh ketua-ketua kumpulan kuliah dan tutorial.

Semoga program ini menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada semua pelajar untuk terus cemerlang dalam peperiksaan akhir.