Pusat Tamhidi USIM mencipta kejayaan cemerlang dalam Debat Arab Piala Naib Canselor 2026 apabila kedua-dua pasukan, Tamhidi A dan Tamhidi B, mara ke peringkat akhir. Pasukan Tamhidi A muncul sebagai johan, sekali gus membuktikan dominasi Pusat Tamhidi dalam kejohanan ini.