Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas pencapaian membanggakan Pusat Tamhidi USIM di PITRAM 2026. Tahniah kepada semua pensyarah, mentor dan para pelajar yang telah mengharumkan nama institusi melalui inovasi, kreativiti dan semangat kerja berpasukan.
Kejayaan ini membuktikan bahawa warga Tamhidi bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu menerajui inovasi yang memberi impak kepada masyarakat dan negara.
Terus melangkah maju, berinovasi dan mengangkat integrasi ilmu Naqli dan Aqli ke tahap yang lebih tinggi.
#PITRAM2026 #PusatTamhidiUSIM #USIM #InovasiTamhidi #NaqliAqli #ProudOfUSIM







