3 Disember – Pusat Tamhidi USIM : Official Site di bawah Unit Kimia telah mengadakan satu bengkel “Chemistry Final Sprint” sebagai satu langkah persediaan peperiksaan akhir semester 1 yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
Program ini dijalankan secara ‘hybrid’ iaitu sebahagian pelajar yang terpilih dikehendaki menghadirkan diri secara fizikal dan selebihnya menyertai program secara atas talian (live). Program dimulakan dengan penerangan kepada para pelajar berkenaan cara-cara mengisi borang OMR dan panduan menghadapi peperiksaan akhir semester di Dewan Tuanku Canselor USIM. Setelah itu, diteruskan dengan penerangan mengenai format peperiksaan bagi kursus ‘General Chemistry’ dan tips menjawab soalan. Kesilapan utama pelajar dalam menjawab soalan juga diterangkan.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dengan mencapai objektif yang dicadangkan dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi ujian pertengahan semester dan sesi fotografi bersama.
Pautan video ada diruangan komen.