Pada tanggal 9 Januari 2016 lalu, Tamhidi Sports Carnival (TASCA) 2016 telah diadakan di Pusat Sukan, USIM.Pelbagai acarasukan telah diadakan untuk mencungkil bakat baru dalam sukan dan mencari pelapis untuk mewakili atlet sukan USIM.

Gimik pembukaan dilakukan oleh Tuan Pengarah Pusat Tamhidi, Dr Mohamed Akhiruddin Ibrahim dengan Penyelaras Syariah&Undang-undang, Ustaz Wan Amir Nudin Wan Ishak dalam permainan pingpong. Antara acara yang dipertandingkan dalam TASCA 2016 adalah futsal, bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan acara olahraga (1500m , 800m , 100m, 400m, 4x100m, 4x400m).

Sementara itu, acara sukaneka turut diadakan untuk staf Pusat Tamhidi. Acara sukaneka yang dipertandingkan adalah berbasikal lambat, isi air dalam botol dan bola ping pong dengan sudu.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang