Sebuah Program motivasi yang bertajuk PERCAYA UNTUK BERJAYA! telah diadakan secara hibrid pada 23 September 2022 (Jumaat) jam 4.30 petang, bertempat di DKP 1 & DKP 2 Pusat Tamhidi bagi pelajar Tamhidi Sains Fizikal & Teknologi (TSF) dan sebahagian pelajar Tamhidi Perubatan, Pergigian & Sains (TPPS) manakala sebahagian lagi pelajar TPPS menyertai secara atas talian.
Motivasi ini yang disampaikan oleh Ustazah Rozita Abdul Hamid dari SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah Melaka. Turut hadir, Penyelaras Tamhidi Kluster Sains, Pn. Siti Rubaini Mat dan En. Afif Arifin.
Semoga anak-anak Tamhidi sentiasa bersemangat tinggi untuk mencapai matlamat dan kejayaan. InsyaAllah.