Pada 11 Ogos 2022 (Khamis), telah berlangsung Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu Tamhidi Sesi Akademik 2022/2023 bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM.
Turut hadir Naib Canselor USIM YBhg. Profesor Ts.Dr. Sharifudin Md Shaarani, Timbalan Naib Canselor (HEP&A) USIM, Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselori(A&A) USIM, Prof. Dr. Mohd Radhi Ibrahim.
Pada majlis ini Naib Canselor USIM YBhg. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani telah menyampai amanat dan sedikit pesanan kepada pelajar Tamhidi supaya menjadi anak muda nakhoda ummah yang mampu menyampaikan dakwah secara holistik kepada ummah sejagat serta gunakanlah masa ini dengan sebaik-baiknya demi masa depan yang cemerlang. Dengan semangat serta hasrat untuk merealisasikan agenda “USIM Cemerlang, USIM Disayang”.