29 Sept 2022, LAWATAN KE AGENSI NUKLEAR MALAYSIA
Seramai 38 orang pelajar Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi (TSFT) serta 5 orang staff pengiring telah menyertai lawatan ini.
Objektif lawatan ini diadakan ialah supaya memberi pendedahan kepada pelajar TSFT mendalami ilmu berkaitan aplikasi sains dan teknologi nuklear serta bidang-bidang sains yang lain. Selain itu, lawatan ini juga diharapkan dapat meningkatkan daya fikir pelajar ke arah pemikiran yang lebih kreatif dan kritis dalam bidang sains.