Seramai 27 orang pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-undang bersama 4 orang guru pengiring telah menyertai Lawatan Ilmiah ke Mahkamah Syariah Negeri Melaka pada 15 November 2022.
Program lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap proses dan prosedur penghakiman yang dijalankan di Mahkamah Syariah disamping memupuk semangat untuk menjadi pengamal undang-undang yang mempunyai jati diri dan berprinsip melalui pengalaman sebenar di mahkamah.