Nilai, 5 November 2022 – Seramai 700 peserta termasuk pelajar dan kakitangan Pusat Tamhidi menyertai program J-RUN 1.0 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Program anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Pusat Tamhidi ini berlangsung sejak awal pagi turut didedahkan perkongsian ilmu menarik daripada penceramah jemputan PU Rahmat.
Prof. Dr. Adnan Mohamed Yusoff, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni USIM dalam ucapan beliau turut merakamkan ucapan tahniah serta berterima kasih kepada JHEAINS diatas penganjuran buat julung kali di Pusat Tamhidi, justeru menggalakkan mahasiswa agar menyertai Sukarelawan JHEAINS.
Turut berkesempatan hadir Prof. Dr. Juliana Jumali selaku Pengarah Pusat Tamhidi dan Ustaz Johari Bujang, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah mewakili JHEAINS.