MINGGU TAARUF PUSAT TAMHIDI 2018/2019

27 Jun 2018- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima kemasukan pelajar baharu program asasinya iaitu Tamhidi seramai 938 orang pelajar untuk sesi akademik 2018/2019. Ia terdiri daripada 301 pelajar lelaki dan 637 pelajar perempuan yang telah selesai mendaftar pada semalam (Rabu) bertempat di Dewan Tuanku Canselor. Selesai pendaftaran akademik dan kolej kediaman, para pelajar ini terus mengikuti pengisian Program Hari Taaruf yang dikendalikan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar sehingga Jumaat.

Tamhidi Usim menerima sebanyak 14,442 permohonan untuk kemasukan kali ini dan dari jumlah tersebut seramai 1,867 calon memilih Usim sebagai pilihan pertama dan hanya 1360 berjaya ditawarkan melanjutkan pengajian ke lima Program Tamhidi. Lima program tersebut adalah Tamhidi Sains dan Teknologi, Tamhidi Perakaunan dan Muamalat, Tamhidi Syariah dan Undang-undang, Tamhidi Perubatan dan Tamhidi Pergigian.

“Proses pendaftaran kali ini berlangsung dalam suasana yang teratur dan lancar dengan bantuan daripada pengurusan dan urus setia bagi memastikan sebarang keperluan atau informasi dapat disalurkan dengan tepat kepada ibu bapa dan pelajar mendaftar. Kita sentiasa bersedia membuat penambahbaikan lagi di masa akan datang.

Ada sesuatu yg Pengarah Pusat Tamhidi ingin kongsikan pada semua.

Posted by Universiti Sains Islam Malaysia – USIM on Khamis, 28 Jun 2018

USIM LIVE OLEH PENGARAH PUSAT TAMHIDI

BARISAN TERTINGGI USIM

BARISAN AKADEMIK PUSAT TAMHIDI