DASAR KUALITI PUSAT TAMHIDI

Bertekad dan beriltizam memberikan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran terbaik kepada pelanggan dan pemegang taruh Pusat Tamhidi khususnya Pelajar Tamhidi (pra-universiti) supaya dapat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan sebagai feeder yang berkualiti kepada fakulti di USIM dengan melaksanakan penambahbaikan yang berterusan untuk meningkatkan kualiti akademik dan perkhidmatan.

Dasar kualiti USIM dan Pusat Tamhidi menjadi rangka kerja dan panduan untuk membangun, menilai dan menambahbaik objektif kualiti berikut:

  • Memastikan 70% pelajar mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) melebihi 3.00 dan ke atas.
  • Memastikan 85% pelajar mendapat MUET tahap 3 dan ke atas.
  • Memastikan 80% pelajar berjaya menempatkan diri di program Sarjana Muda USIM.
  • Memastikan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (e-Nilai) bagi semua kakitangan akademik Pusat Tamhidi mencapai 80% dan ke atas.
  • Memastikan pelajar memperolehi keputusan peperiksaan akhir setiap semester melalui capaian iStudent dalam tempoh 3 (tiga) hari bekerja setelah disahkan oleh Senat Universiti.