Pada 1 Oktober 2021, Pusat Tamhidi telah mengadakan ceramah Go Green Talk @ Pusat Tamhidi yang disampaikan oleh Dr Faszly Rahim (Pengurus Tugas 3 Greenpreneur, Pendidikan dan Komuniti C4SS USIM). Ceramah Go Green adalah kempen  kesedaran penjagaan dan pelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat awam dan staf USIM khasnya. Program ini memberi pendedahan kepada staf Pusat Tamhidi tentang kepentingan kempen hijau. Staf Pusat Tamhidi dapat mengaplikasikan ilmu kempen hijau yang diperolehi di Pusat Tamhidi dan juga di kediaman masing-masing sejajar dengan kempen Go Green diperingkat USIM. Ceramah Go Green talk bermula jam 2.45 petang dan berakhir pada 4.45 petang dan dihadiri oleh 32 orang staf Pusat Tamhidi. Hasil daripada program tersebut staf Pusat Tamhidi merasakan bahawasanya perlu berusaha menghijaukan kawasan rumah sendiri dahulu dengan mencuba pelbagai jenis tanaman sekaligus boleh belajar ilmu pemuliharaan alam sekitar dan menghargai tumbuhan hijau  Rujukan link ceramah Go Green Talk adalah seperti berikut https://bit.ly/3j2u25z.