Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan Pusat Tamhdi USIM telah berjaya menjalankan bengkel sulung mereka pada 22 April 2019, yang di beri nama Bengkel Penulisan Jurnal Penyelidikan Konvensional dan Kajian Tindakan.
Terima kasih tidak terhingga kepada para penceramah yang sudi berkongsi ilmu, iaitu Pn. Siti Rubaini Bt Mat, Pn. Shahirah Bt Sulaiman, Pn. Junaidah Bt Md Din, Pn. Azizah Bt Majid dan Dr. Mus’ab Anas atas perkongsian ilmu dan latihan yang diberikan sepanjang  bengkel ini berlangsung. Tidak lupa juga, jutaan terima kasih kepada Pusat Tamhidi serta seluruh ahli Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan yang menjadi ‘tulang belakang’ kepada kejayaan keberlangsungan bengkel ini. Semoga objektif perlaksanaan bengkel ini tercapai di samping meningkatkan motivasi para peserta untuk terus menyumbang ilmu, serta penemuan penyelidikan kepada ummah, khususnya di tanahair Malaysia.
Sekitar bengkel berlangsung