TAMHIDI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG
Kod Program: UQ0381001
Medium Bahasa Pengajaran: Bahasa Inggeris dan Arab
Tempoh Pengajian (sepenuh masa): 1 Tahun (2 semester)
Program Tamhidi Syariah & Undang-Undang bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran di dalam bidang undang-undang sivil dan syariah, dan Bahasa Inggeris dan Arab. Para pelajar disasarkan untuk melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, USIM. Di samping itu, pelajar bukan sahaja mahir dalam perundangan dan syariah tetapi menjaga akhlak mulia, berhati-hati, berdisiplin, bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat, dan negara selaras dengan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
SYARAT KHAS KEMASUKAN
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut: • Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah al- Arabiah alMu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-Balaghah • Bahasa Inggeris |
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam MANA-MANA DUA (2) mata pelajaran berikut: • Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul al-Din / Al-Syariah / Hifz Al Quran / Maharat al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah |
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran berikut: • Mathematics / Additional Mathematics |