TAMHIDI PERUBATAN, PERGIGIAN DAN SAINS

Kod Program: UQ0421001
Medium Bahasa Pengajaran: Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian (sepenuh masa): 1 tahun (2 semester)

Program Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains bertujuan menyediakan pelajar dari latar belakang aliran sains yang berkemahiran tinggi agar dapat melanjutkan pengajian ke program ijazah sarjana muda khususnya di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, USIM.

Selepas tamat program, pelajar yang berjaya boleh memohon kemasukan ke pelbagai program ijazah berasaskan Sains di USIM seperti senarai di bawah:
• Perubatan
• Pergigian
• Seni Bina
• Kejuruteraan Elektrik
• Kejuruteraan Elektronik
• Bioteknologi Makanan
• Teknologi Kimia Industri
• Fizik Lanjutan
• Teknologi Industri Kesihatan
• Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko
• Sains Komputer
• Matematik Kewangan

Para pelajar program ini bukan sahaja mahir dalam bidang sains dan teknologi, tetapi juga membentuk sahsiah peribadi, disiplin, bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara selari dengan kefahaman mereka mengenai integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

SYARAT KHAS KEMASUKAN

Memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-Balaghah
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam MANA-MANA SATU(1) mata pelajaran berikut:
• Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul al-Din / Al-Syariah / Hifz Al Quran/ Maharat al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al- Sunnah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran berikut:
• Fizik
• Kimia
• Biologi
• Matematik
• Bahasa Inggeris
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut:
Matematik Tambahan
Calon tidak mempunyai kurang upaya fizikal/ anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali