TAMHIDI SAINS FIZIKAL DAN TEKNOLOGI

Kod Program: UQ0440005
Medium Bahasa Pengajaran: Bahasa Inggeris
Tempoh Pengajian (sepenuh masa): 1 tahun (2 semester)

Program Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi bertujuan menyediakan pelajar dari latar belakang aliran sains yang berkemahiran tinggi agar dapat melanjutkan pengajian ke program ijazah sarjana muda khususnya di Fakulti Sains dan Teknologi dan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Selepas tamat program, pelajar yang berjaya boleh memohon kemasukan ke pelbagai program ijazah berasaskan Sains di USIM atau Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain seperti senarai di bawah:
• Seni Bina
• Kejuruteraan Elektrik
• Kejuruteraan Elektronik
• Bioteknologi Makanan
• Teknologi Kimia Industri
• Fizik Lanjutan
• Teknologi Industri Kesihatan
• Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko
• Sains Komputer
• Matematik Kewangan

Para pelajar program ini bukan sahaja mahir dalam bidang sains dan teknologi, tetapi juga membentuk sahsiah peribadi, disiplin, bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara selari dengan kefahaman mereka mengenai integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

SYARAT KHAS KEMASUKAN

 Memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran berikut:
• Bahasa Arab / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab Komunikasi / Al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab / Al-Adab Wa Al-Balaghah
Memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam MANA-MANA SATU(1) mata pelajaran berikut:
• Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Usul al-Din / Al-Syariah / Hifz Al Quran/ Maharat al-Quran / Turath Dirasat Islamiah / Turath Al-Quran dan Al- Sunnah / Manahij Al-‘Ulum Al-Islamiah
Memperoleh sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran berikut:
• Fizik
• Kimia
• Matematik
• Matematik Tambahan
• Bahasa Inggeris
• Biologi / Sains / Sains Tambahan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal/ Asas Kelestarian / Sains Rumah Tangga / Pertanian / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perniagaan / Ekonomi / Sains Sukan / Pendidikan Seni Visual / Lukisan / Reka Bentuk Kraf / Pengajian Keusahawanan
Calon tidak mempunyai kurang upaya fizikal/ anggota sehingga menyukarkan kerja-kerja amali