Pada 10 dan 17 Februari 2023, Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi Pusat Tamhidi telah menganjurkan pertandingan Tamhidi E-Sports Battle. Tujuan pertandingan ini dianjurkan adalah untuk menjayakan kejohanan yang berasaskan e-games bagi permainan Playerunknown Battleground (PUBG-Mobile) dan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk para pelajar di Pusat Tamhidi. Pertandingan ini telah mendapat penyertaan yang memberangsangkan iaitu seramai 70 orang pelajar bagi kedua-dua permainan yang dipertandingkan. Selain itu, pihak penganjur juga dengan jayanya telah mengadakan liputan secara langsung perlawanan PUBG-Mobile di laman web Facebook Pusat Tamhidi. Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Anak Soleh bagi permainan PUBG-Mobile manakala, johan MLBB ialah kumpulan Incognito. Kumpulan-kumpulan yang berjaya meraih tempat pertama di kejohanan ini akan mewakili Pusat Tamhidi sekaligus membawa nama USIM ke temasya Sukan Asasi Malaysia 2023 yang akan berlangsung di UIA Kampus Gambang pada 18 Mac 2023.