Pusat Tamhidi (Asasi) USIM berjaya merangkul tiga pingat emas, sembilan perak, dan tujuh gangsa dalam Pertandingan Inovasi Inter Asasi Matrikulasi (PIITRAM) 2023. Dekan Pusat Tamhidi, Prof Madya Dr. Juliana Jumal berkata kemenangan yang diraih itu deperolehi menerusi 19 penyertaan yang dibuat USIM yang merangkumi kategori pentadbiran, ahli akademik dan pelajar. Pingat emas yang dirangkul Pusat Tamhidi masing-masing disumbangkan melalui inovasi dari kategori pelajar, ahli akademik dan pentadbiran iaitu produk “Smart Robotic Nebulizer (SANe), “Physics for Prosumers: The Case of Matrix Optics for Optical System”, dan “Tamhidi TimeTable System (TTeasy)”. Selain membawa pulang pingat, produk inovasi TTeasy juga dinobatkan sebagai Anugerah Khas Pembentangan Terbaik Keseluruhan (Maya). PIITRAM kali ini menarik sebanyak 354 kumpulan inovasi dengan 154 kumpulan daripadanya yang di adakan secara maya. PIITRAM 2023 yang berlangsung di UPM pada 18 Febuari 2023 adalah merupakan platform inovasi yang terbaik yang membangunkan dan menonjolkan bakat pelajar, ahli akademik dan staf pentadbiran dalam aliran berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (STEM).