Program Tamhidi (asasi) USIM ialah program lepasan SPM yang menyediakan calon untuk pengajian peringkat ijazah tahun pertama. Tamhidi berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud “Persediaan”. Ianya setaraf dengan program matrikulasi, STPM, A-level dan program pra-universiti. Keunikan Pusat Tamhidi USIM adalah pembelajarannya mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli di samping mementingkan aspek sahsiah dan kokurikulum dalam melahirkan graduan yang berilmu dan beretika dalam pelbagai bidang profesional.

Terdapat 4 program Tamhidi yang ditawarkan, iaitu:

  1. Tamhidi Perubatan, Pergigian dan Sains
  2. Tamhidi Sains Fizikal dan Teknologi
  3. Tamhidi Syariah dan Undang-undang
  4. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

Bakal graduan profesional muslim yang dihasilkan oleh USIM, selain daripada mempunyai kepakaran dalam bidang Sains Perubatan, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Ekonomi, Perakaunan, Muamalat dan Syariah dan Undang-Undang; mereka juga mempunyai akhlak dan kefahaman yang betul tentang Islam dan menghayatinya.